Sunday, September 11, 2011

PROGRAM MERCU SPM 2011

Program Menuju Ke Mercu SPM anjuran bersama SMK Bandaraya Kota Kinabalu, PIBG dan Alumni telah diadakan pada 10 Sept. 2011 bertempat di Dewan Kuliah Sekolah Perubatan, UMS. Objektif program ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar serta membentuk keyakinan di kalangan pelajar dari aspek teknik menjawab yang lebih efektif. Selain itu ia juga dapat meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar dalam SPM 2011. Sebanyak 6 subjek terlibat dalam program ini iaitu Ekonomi Asas, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan. Kemahiran teknik menjawab ini telah disampaikan oleh guru-guru yang berpengalaman dan guru cemerlang yang dijemput khas dari sekolah lain. Program ini juga turut disertai oleh pelajar-pelajar dari SMK Tebobon dan SMK Agama Tun Ahmadshah. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Pn. Nur Atikah Abdullah selaku YDP PIBG SMK Bandaraya Kota Kinabalu.