Wednesday, October 16, 2013

PROGRAM SEKOLAH SAYANG KAMU



“We Shower You With Love” merupakan tema bagi program Sekolah Sayang Kamu anjuran SMKBKK dengan kerjasama PIBG dan PPD KK, yang melibatkan 3 buah kampung iaitu Kg. Gudon, Kg. Unggun dan Kg. Bandulon. Ketua kampung dan ibu bapa para pelajar tingkatan 5 khususnya dijemput hadir ke program ini yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kg. Gudon pada 12 Oktober 2013. Aktiviti pembelajaran bagi slot Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah dijalankan. Pada masa yang sama sesi ramah mesra ibu bapa bersama polis iaitu Sarjan Muhamad Ishar Bin Mahmud, ketua balai polis, Alamesra turut diadakan. Selain itu, ‘Ging Bubut’ dari Sabah.FM turut dijemput dan memeriahkan lagi program ini dengan aktiviti menjawab Kuiz dan menerima hadiah serta cenderahati. Terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat kerana menjayakan program ini.