Tuesday, February 25, 2014
Sambutan Maulidur Rasul SMKBKK
22 Februari 2014 (Sabtu) - Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah dijalankan dalam suasana yang sederhana tetapi meriah. Majlis ini dirasmikan oleh Puan Nur Atikah Abdullah, YDP PIBG SMK Bandaraya KK. Warga muslim SMK Bandaraya KK meraikan sambutan ini dengan laungan Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Perarakan dan pertandingan poster yang disertai oleh persatuan unit beruniform memulakan acara seawal 7.30 pagi, diikuti ceramah bertemakan kisah tauladan Rasulullah S.A.W yang disampaikan oleh Ustaz Arbaen Syawal, Penyelia Unit Pendidikan Islam, PPD KK. Seterusnya, kuiz agama serta persembahan dari para pelajar iaitu deklamasi sajak, nasyid dan qasidah. Majlis berakhir kira-kira jam 11.45 pagi selepas penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cendera hati kepada tetamu jemputan.
Wednesday, October 16, 2013
PROGRAM SEKOLAH SAYANG KAMU
“We Shower You With Love” merupakan tema bagi program Sekolah Sayang Kamu anjuran SMKBKK dengan kerjasama PIBG dan PPD KK, yang melibatkan 3 buah kampung iaitu Kg. Gudon, Kg. Unggun dan Kg. Bandulon. Ketua kampung dan ibu bapa para pelajar tingkatan 5 khususnya dijemput hadir ke program ini yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kg. Gudon pada 12 Oktober 2013. Aktiviti pembelajaran bagi slot Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah dijalankan. Pada masa yang sama sesi ramah mesra ibu bapa bersama polis iaitu Sarjan Muhamad Ishar Bin Mahmud, ketua balai polis, Alamesra turut diadakan. Selain itu, ‘Ging Bubut’ dari Sabah.FM turut dijemput dan memeriahkan lagi program ini dengan aktiviti menjawab Kuiz dan menerima hadiah serta cenderahati. Terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat kerana menjayakan program ini.
Wednesday, July 10, 2013
BENGKEL KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN
|
|
Tuesday, April 30, 2013
MAJLIS IHTIFAL SMKBKK 2012
27 April 2013 (Sabtu) - Majlis Ihtifal SMK Bandaraya Kota Kinabalu 2012 telah dirasmikan oleh Pn. Nur Atikah Abdullah selaku YDP PIBG SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Seramai 169 pelajar cemerlang terlibat dalam majlis penganugerahan ini. Selain penerima anugerah yang terdiri dari pelajar, PPD, Alumni, PIBG, pegawai polis dan ibu bapa turut dijemput hadir. Ceramah motivasi yang disediakan khas telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mahmud Hj. Sudin, Pengarah Pusat Alumni, Jabatan HEP, Universiti Malaysia Sabah. Acara kemuncak majlis ialah penyampaian Tokoh Pelajar Harapan dan Tokoh Pelajar 2012 yang menyaksikan pemenangnya ialah Nurfitri Bte Abd Latiff dan Rickardo Suryanto Janafan Piran sebagai Tokoh Pelajar Harapan Perempuan dan Lelaki bagi tahun 2012 manakala Nevetty Kitingon dipilih sebagai Tokoh Pelajar 2012.
Wednesday, March 20, 2013
Mesyuarat Agung PIBG SMK Bandaraya Kota Kinabalu 2013
17 Mac 2013 (Ahad) - SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Bandaraya Kota Kinabalu 2013. Semua guru, ibu bapa dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut. Pendaftaran guru dan ibu bapa bermula jam 7.00 am di dewan makan asrama. PIBG mengadakan kaunter khas mengutip wang untuk tabung perwira negara dan mendapat sambutan yang baik. YDP PIBG Pn. Nur Atikah Abdullah dan Dr. Shirley Tay Siew Hong selaku Pengetua SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah menyampaikan ucapan masing-masing sebelum acara diteruskan dengan laporan tahunan, kewangan dan perbincangan usul.
Wednesday, October 3, 2012
Mesyuarat Guru & LDP
2 Oktober 2012 (Selasa) – Mesyuarat Guru Kali Ke-4 dan LDP telah diadakan di Dewan Perdana SMK Bandaraya Kota Kinabalu pada 29 September 2012, jam 7.30am hingga 1.00pm. Program ini dihadiri oleh semua guru dan juga ahli PIBG.
LDP yang disampaikan oleh Dr. Shirley Tay Siew Hong selaku pengetua sekolah ini telah memberi banyak info tentang hala tuju Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Melalui LDP ini, adalah diharapkan agar semua guru dan ahli masyarakat dapat memahami dengan jelas tentang transformasi sistem pendidikan negara pada masa akan datang.
LDP yang disampaikan oleh Dr. Shirley Tay Siew Hong selaku pengetua sekolah ini telah memberi banyak info tentang hala tuju Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Melalui LDP ini, adalah diharapkan agar semua guru dan ahli masyarakat dapat memahami dengan jelas tentang transformasi sistem pendidikan negara pada masa akan datang.
Wednesday, August 15, 2012
Program Ihya' Ramadan
14 Ogos 2012 (Selasa) – Program Ihya’ Ramadan telah diadakan di Dewan Perdana SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti majlis khatam al-Quran, penyampaian sumbangan kepada pelajar kurang berkemampuan, penyerahan komputer 1 Malaysia, majlis berbuka puasa dan solat terawih berjemaah. Majlis perasmian disempurnakan oleh En. Raisin Bin Saidin, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah. Antara tetamu kehormat lain yang turut hadir bersama-sama meraikan program ini ialah En. Ahmadseh Bin Haji Ahmad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Kinabalu, Ustaz Arba’en Syawal, Ketua Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dan YDP PIBG Pn. Nur Atikah Bt. Abdullah.
Subscribe to:
Posts (Atom)






