Sunday, September 11, 2011

PROGRAM MERCU SPM 2011

Program Menuju Ke Mercu SPM anjuran bersama SMK Bandaraya Kota Kinabalu, PIBG dan Alumni telah diadakan pada 10 Sept. 2011 bertempat di Dewan Kuliah Sekolah Perubatan, UMS. Objektif program ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar serta membentuk keyakinan di kalangan pelajar dari aspek teknik menjawab yang lebih efektif. Selain itu ia juga dapat meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar dalam SPM 2011. Sebanyak 6 subjek terlibat dalam program ini iaitu Ekonomi Asas, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan. Kemahiran teknik menjawab ini telah disampaikan oleh guru-guru yang berpengalaman dan guru cemerlang yang dijemput khas dari sekolah lain. Program ini juga turut disertai oleh pelajar-pelajar dari SMK Tebobon dan SMK Agama Tun Ahmadshah. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Pn. Nur Atikah Abdullah selaku YDP PIBG SMK Bandaraya Kota Kinabalu. 

Friday, July 8, 2011

PROGRAM MENUJU KE MERCU SPM PENDIDIKAN MORAL

Program ini telah dianjurkan bersama oleh SMK Bandaraya Kota Kinabalu, PIBG SMK Bandaraya Kota Kinabalu dan Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan. Program ini telah diadakan pada 08/07/2011 bertempat di Mini Teater Tun Hamdan Yayasan Sabah. Antara sasaran utama ialah calon-calon SPM Pendidikan Moral 2011. Selain daripada pelajar sekolah ini, program ini juga turut melibatkan pelajar-pelajar dari SM St. Peter Telipok, SM All Saints. SMK Teknik Likas, SMK Badin Tuaran, SMK Kolombong, SMK Tebobon dan SM St. John Tuaran.

Tuesday, May 31, 2011

KEM PERDANA

Kem Perdana kali ini telah diadakan pada 27 - 29 Mei 2011 dan disertai oleh 13 Unit Beruniform. Antara objektif kem kali ini ialah memberi peluang amali perkhemahan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli unit beruniform yang berlainan  serta menyertai pertandingan atau aktiviti yang menggalakkan persaingan yang sihat. Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Pn. Nor Atikah Abdullah (Yang di-Pertua PIBG SMK Bandaraya Kota Kinabalu).