Wednesday, October 3, 2012

Mesyuarat Guru & LDP

2 Oktober 2012 (Selasa) – Mesyuarat Guru Kali Ke-4 dan LDP telah diadakan di Dewan Perdana SMK Bandaraya Kota Kinabalu pada 29 September 2012, jam 7.30am hingga 1.00pm. Program ini dihadiri oleh semua guru dan juga ahli PIBG.
LDP yang disampaikan oleh Dr. Shirley Tay Siew Hong selaku pengetua sekolah ini telah memberi banyak info tentang hala tuju Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Melalui LDP ini, adalah diharapkan agar semua guru dan ahli masyarakat dapat memahami dengan jelas tentang transformasi sistem pendidikan negara pada masa akan datang.

Wednesday, August 15, 2012

Program Ihya' Ramadan

14 Ogos 2012 (Selasa) – Program Ihya’ Ramadan telah diadakan di Dewan Perdana SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti majlis khatam al-Quran, penyampaian sumbangan kepada pelajar kurang berkemampuan, penyerahan komputer 1 Malaysia, majlis berbuka puasa dan solat terawih berjemaah. Majlis perasmian disempurnakan oleh En. Raisin Bin Saidin, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah. Antara tetamu kehormat lain yang turut hadir bersama-sama meraikan program ini ialah En. Ahmadseh Bin Haji Ahmad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Kinabalu, Ustaz Arba’en Syawal, Ketua Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dan YDP PIBG Pn. Nur Atikah Bt. Abdullah.

Monday, July 23, 2012

Program Sekolah Sayang Kamu


22/07/2012 (Ahad) -  SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah menjalankan program outreach ke Kampung Numbak pada 11/07/2012. Program ini merupakan antara  Program Sekolah Sayang Kamu yang telah dilancarkan di SMK Bandaraya Kota Kinabalu pada tahun 2010. Program tersebut yang dilaksanakan di Balai Raya Kampung Sabang Baru Numbak, diketuai oleh Pengetua SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Dr. Shirley Tay Siew Hong bersama 12 orang guru, wakil daripada PIBG SMK Bandaraya Kota Kinabalu dan 20 orang pelajar. Seramai 85 orang ibu bapa turut hadir, diketuai oleh pemimpin mereka iaitu Encik Mat bin Mad Halpar Ketua Kampung Sabang Baru Numbak. Pemimpin Kemajuan Rakyat kawasan Karambunai Encik Manjah Ag. Bahar mewakili YB Datuk Hajah Jainab binti Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid turut hadir untuk memberikan sokongan kepada niat murni SMK Bandaraya Kota Kinabalu dalam usaha merapatkan jurang antara sekolah dan para ibu bapa.

                Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan pihak sekolah dengan komuniti terutama sekali dengan ibu bapa pelajar agar segala masalah pendidikan pelajar yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik. Program ini juga telah memberikan peluang kepada pihak pentadbiran sekolah untuk menyampaikan dan memaklumkan kepada para ibu bapa tentang perkembangan terkini pendidikan negara, transformasi pendidikan dan peranan para ibu bapa dalam memajukan pendidikan anak-anak mereka.

Selain itu, program diisi dengan sesi memperkenalkan internet sebagai jambatan perhubungan antara pihak sekolah dan para ibu bapa. Para pelajar yang dibawa bersama semasa program, membantu sebagai penunjuk cara melayari laman sesawang. Segala maklumat terkini samada aktviti yang telah  dijalankan atau akan dijalankan boleh diketahui melalui laman sesawang rasmi sekolah.

                Ketua Kampung Sabang Baru Numbak, Encik Mat bin Mad Halpar merakamkan ucapan terima kasih kerana kesudian pihak sekolah datang melaksanakan Program Sekolah Sayang Kamu. Ini menunjukkan keprihatinan pihak sekolah untuk meningkatkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa demi untuk meningkatkan lagi taraf pendidikan para pelajar khasnya pelajar dari Kampung Sabang Baru Numbak.
Pemimpin Kemajuan Rakyat kawasan Karambunai Encik Manjah Ag. Bahar memuji niat murni pihak SMK Bandaraya Kota Kinabalu dan mengharapkan agar semua ibu bapa mengambil peluang selari dengan perkembangan teknologi moden, menggunakan internet untuk mengetahui perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Beliau juga mengharapkan agar para ibu bapa sentiasa memberikan sokongan kepada pihak sekolah dan sama-sama membantu pihak sekolah untuk memantau perkembangan pelajaran anak-anak.                

Kota Kinabalu, 11 July - SMK Bandaraya Kota Kinabalu carried out an outreach programme in  Kampung Numbak as one of the projects under the Sekolah Sayang Kamu Programme  that was launched in SMK Bandaraya Kota Kinabalu in 2010. The programme was held at Balai Raya Kampung Sabang Baru Numbak, chaired by the Principal of SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Dr. Shirley Tay Siew Hong with 12 teachers, a representative from the PIBG of SMK Bandaraya Kota Kinabalu and 20 students. A total of 85 parents were present, headed by the Village head of Kampung Sabang Baru Numbak, Encik Mat bin Mad Halpar.  Also present was People Development Leader (Pemimpin Kemajuan Rakyat - PKR) of Karambunai, Encik Manjah Ag. Bahar, who represented  YB Datuk Hajah Jainab binti Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid to give support to the noble cause initiated by SMK Bandaraya Kota Kinabalu to bridge the gap between school and the parents.

The main objective of this programme is to strengthen ties between the school and the community especially with the parents so that all students’ academic problems can be resolved amicably. This programme also provides opportunities for school administrators to communicate and inform the parents about the latest developments of national education, the transformation of education and the role of parents in developing the education of their children.
In addition, this outreach programme also introduced the Internet as a communication link between the school and parents. The students who participated in the programme demonstrated the ways to surf websites. This will enable parents to obtain the latest updates, as well as school past and future activities from the school official website.


Village Head of Kampung Sabang Baru Numbak, En Mat bin Mad Halpar thanked the school for its effort in implementing the Sekolah Sayang Kamu Programme. This shows the school’s strong concern about the relationship between the school and parents in order to improve the educational level of students, especially students from Kampung Sabang Baru Numbak.
People Development Leader (Pemimpin Kemajuan Rakyat - PKR) of Karambunai, Encik Manjah Ag. Bahar,  praised the noble intention of SMK Bandaraya and hoped that all parents take the opportunity to use the internet to keep track of their  children's education development, in line with the advancement of modern technology. He also urged parents cooperate and work hand in hand with the school to monitor their children's school progress.

Friday, April 27, 2012

Mercu SPM Pendidikan Islam

26 April 2012 (Khamis) -  Program yang julung kalinya ini telah diadakan di dewan SMK Bandaraya Kota Kinabalu untuk semua pelajar Islam yang akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini. Program ini juga merupakan anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam dengan PIBG. Program ini telah bermula pada jam 7.00 pagi hingga jam 4.30 petang. Kehadiran pelajar seramai 216 orang pada awalnya dan untuk slot petang pula seramai 178 orang.

Antara Pengisian Program ialah :

1.         Slot Tazkirah/Motivasi – Encik Issraq Bin Hj. Ramli

2.         Teknik Menjawab Soalan & Skema Pemarkahan Kertas 1

            Ustazah Rosmiza Binti Omar & Ustazah Siti Aminah Samsudin

3.         Teknik Menjawab Soalan & Skema Pemarkahan Kertas 2

             Ustaz Mohd. Mokhtar Ismail & Ustazah Nor Azlinda Abd Aziz

4.         Bengkel kertas 1 & Bengkel kertas 2 (Fasilitator-Guru Pendidikan Islam)

5.         Teknik Menghafaz ayat Hafazan Ting.4 & Ting.5

(Diselitkan dalam Pengisian 3: Teknik Menjawab Soalan Kertas 2 Pendidikan Islam)

6.         Bengkel Celik Jawi SPM - Encik Nik Hassan Bin Seman

Para pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan mengikut kategori yang terdiri daripada 10 orang pelajar dalam setiap kumpulan iaitu,:

-Kategori Cemerlang ada 7 kumpulan yang dinamakan sebagai Mumtaz.
-Kategori Sederhana ada 7 kumpulan yang dinamakan sebagai Jaiz.
-Kategori Lemah ada 7 kumpulan yang dinamakan sebagai Maqbul.

Hasil pertandingan bengkel telah dilakukan, setiap kategori kumpulan mempunyai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga. Berikut adalah keputusan pertandingan:

Kumpulan Mumtaz:

Tempat Pertama : Diketuai Juhana Hussin

Tempat Kedua     : Diketuai Alfil Amil Bin Syafhanzah

Tempat Ketiga     : Diketuai Mohd Yazid Bin Mohd Sade

Kumpulan Jaiz :

Tempat Pertama : Diketuai Shahida Romzi

Tempat Kedua     : Diketuai Meera Nesha Binti Mahdi

Tempat Ketiga     : Diketuai Hafiz Jeffry

Kumpulan Maqbul:

Tempat Pertama : Diketuai Nazilah Jamil

Tempat Kedua     : Diketuai Nurul Asyikin Md.Yakub

Tempat Ketiga     : Diketuai Vivin Lestary Mukin Binti Hermanshah

Secara konklusinya, hasil dapatan daripada borang kaji selidik yang dilakukan oleh pelajar menunjukkan komen yang positif terhadap program tersebut. Antaranya, program ini banyak memberi manfaat kepada semua pelajar Islam dari segi meningkatkan sahsiah dan motivasi pelajar serta hala tuju mereka di luar alam persekolahan. Selain itu, memberi keyakinan kepada pelajar untuk menjawab soalan SPM sebenar mengikut teknik yang telah ditetapkan. Mereka berharap, program seperti akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Panitia Pendidikan Islam juga ingin mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Shirley Tay Siew Hong, Pengetua Cemerlang DG54; Pn. Hajjah Rozi Bt Samdin, PK Pentadbiran; Cik Tan Peng Jeng, Ketua Bidang Kemanusiaan; dan semua guru Pendidikan Islam yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.

Wednesday, April 25, 2012

Majlis Ihtifal & Inovasi 2012

24 April 2012 (Selasa) – Majlis Ihtifal dan inovasi yang menyatukan beberapa acara majlis seperti Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Majlis Penutupan Bulan Sains & Inovasi, Majlis Penutupan Bulan Vortek dan Majlis Pelancaran Buku ARC Pre U telah dilangsungkan secara meriah di Dewan Perdana SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr. Haji Muhiddin Bin Yusin antara jemputan khas diberi penghormatan untuk merasmikan majlis pada kali ini. YDP PIBG SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Pn. Nur Atikah Abdullah juga turut hadir sebagai tanda sokongan kepada pihak pengurusan sekolah. Acara kemuncak ialah pelancaran Buku ARC Pre U yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar tingkatan enam oleh Datuk Pengarah Pelajaran Sabah.
Para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan Napkin Muzikal oleh pelajar-pelajar Katering dan Sajian di bawah pimpinan Pn. Fatimah Digong. Di penghujung majlis, semua jemputan  mengambil peluang dan kesempatan untuk melawat pameran yang disediakan oleh pihak sekolah. Antaranya ialah pameran NIE, Seed of Hopes, Sindex dsb.  

Sunday, April 1, 2012

Program Peningkatan Profesionalisme

31 Mac 2012 (Sabtu) - Unit LDP SMK Bandaraya Kota Kinabalu bersama PIBG telah menganjurkan program peningkatan profesionalisme bertajuk "Pengurusan Cuti - Implikasi Kepada Faedah Persaraan" bertempat di Bilik Seminar Melaka, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Jalan UMS, Kota Kinabalu, Sabah.

Sebelum program ini bermula, pihak pengurusan sekolah telah mengadakan mesyuarat staf pada awal jam 7.00am hingga 9.30am. Selepas jamuan ringan, majlis diteruskan dengan menjemput penceramah iaitu En. Mohd. Ali Bin Ahmad selaku pegawai eksekutif dari Unit Kemudahan dan Saraan, JPN Sabah untuk menyampaikan secara terperinci tentang cuti dan faedah yang akan memberi implikasi kepada seseorang guru / staf selepas persaraan.

Di penghujung majlis, YDP PIBG SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Pn. Nur Atikah Binti Abdullah telah menyampaikan cendera hati kepada penceramah khas En. Mohd. Ali Bin Ahmad sebagai tanda penghargaan dan terima kasih dari pihak sekolah dan PIBG.

Sunday, March 25, 2012

Mesyuarat Agung PIBG

24 Mac 2012 (Sabtu) - Pemilihan Agung PIBG bagi sesi 2012/2014 menyaksikan hampir kesemua AJK lama dikekalkan. YDP yang dipilih iaitu Pn. Nur Atikah Bt Abdullah sekali lagi diberi mandat dan kepercayaan untuk menerajui persatuan ini. Semua ahli yang dilantik berjanji akan memberi kerjasama kepada pihak pengurusan sekolah untuk meningkatkan kemajuan sekolah di masa-masa akan datang.

Saturday, March 24, 2012

Bulan Sains & Inovasi

23 Mac 2012 (Jumaat) -  Majlis Pelancaran Kempen Bulan Inovasi dan Kesedaran Kepentingan Alam Sekitar 2012 telah diadakan di Dewan Perdana SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Jumat Hj. Idris, Ketua UMNO Bahagian Sepanggar. Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah YDP PIBG Nur Atikah Bt Abdullah dan para jemputan khas. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Raymond Thong selaku wakil Seeds of Hope tentang kesedaran kepentingan alam sekitar. Para ibubapa dan para jemputan khas juga mengambil kesempatan ini mengunjungi panel pameran yang disediakan oleh SGM (Soka Gakkai Malaysia). AJK Pelaksana majlis dengan sukacitanya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Sunday, March 11, 2012

Majlis Jasamu Dikenang

10 Mac 2012 (Jumaat) – Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan pada pagi ini di dewan sekolah. Majlis ini diadakan untuk meraikan  7 orang staf yang telah bertukar ke sekolah lain kecuali kak siti (nama glamour) yang telah tamat tempoh perkhidmatan. Staf yang lain yang dimaksudkan ialah Cikgu Johny Suah, Cikgu Jeaneatte Lai, Cikgu Inismawati, Cikgu Nur Halizah Ismail, En. Giniso dan  En. Kassim. Majlis turut dihadiri oleh YDP PIBG SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Pn. Nur Atikah Binti Abdullah. Pihak sekolah & komuniti ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka kerana telah banyak mencurahkan jasa dan sumbangan bermakna  kepada sekolah. Semoga mereka akan berkhidmat dengan lebih cemerlang dan berjaya dalam kerjaya masing-masing pada masa-masa akan datang.

Sunday, March 4, 2012

MERENTAS DESA SMKBKK

3 Mac 2012 (Sabtu) -  Lapan buah rumah sukan merebut kemenangan dalam acara Merentas Desa peringkat SMKBKK. Acara ini bermula pada jam 8.00 am dan disertai oleh pelajar-pelajar dan ibu bapa. Turut serta ialah YDP PIBG SMKBKK Pn. Nur Atikah Binti Abdullah. Acara ini berjalan dengan baik dari awal hingga akhir perlumbaan dengan dibantu oleh pihak polis dan polis trafik.

Majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah telah disempurnakan oleh Pn. Nur Atikah Binti Abdullah selaku YDP PIBG sekolah ini. Keputusan keseluruhan menyaksikan rumah sukan Dato Onn Jaafar muncul sebagai Johan dan diikuti oleh rumah sukan Tun Hussein dan Tun Ghafar Baba di tempat kedua dan ketiga. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Majulah sukan untuk Negara!

Thursday, March 1, 2012

LESSON STUDY TEAM TEACHING BI PMR

29 Feb. 2012 (Rabu) – Program PLC (S) 2 Kelas Terbuka PLC: Lesson Study Team Teaching Bahasa Inggeris PMR telah berjalan dengan lancar. Program ini dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Dr. Shirley Tay Siew Hong selaku pengetua SMK Bandaraya Kota Kinabalu dan Cikgu Elsie Sharon Giluk iaitu Ketua Bidang Sains dan Matematik SMK Bandaraya Kota Kinabalu.

Selepas taklimat, sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris telah disampaikan oleh Cikgu Dyna dan Cikgu Lola berserta dengan pelajar-pelajar dari 3 Carnation. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan, penilaian turut dibuat oleh para guru, Ketua Bidang, Pengetua dan pakar rujuk yang dijemput khas untuk proses penambahbaikan pada masa-masa akan datang.

Dalam sesi refleksi, guru-guru, Ketua Bidang dan Pengetua dari PLC (S) 2 serta pakar rujuk masing-masing diberi peluang untuk memberi respon dan ulasan tentang sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tadi.

Turut hadir bersama dalam majlis penutupan ialah Pn. Nur Atikah Abdullah selaku YDP PIBG SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kota Kinabalu, Tuan Haji Bad Hamid Bin Haji Musli.