Wednesday, October 16, 2013

PROGRAM SEKOLAH SAYANG KAMU



“We Shower You With Love” merupakan tema bagi program Sekolah Sayang Kamu anjuran SMKBKK dengan kerjasama PIBG dan PPD KK, yang melibatkan 3 buah kampung iaitu Kg. Gudon, Kg. Unggun dan Kg. Bandulon. Ketua kampung dan ibu bapa para pelajar tingkatan 5 khususnya dijemput hadir ke program ini yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kg. Gudon pada 12 Oktober 2013. Aktiviti pembelajaran bagi slot Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah dijalankan. Pada masa yang sama sesi ramah mesra ibu bapa bersama polis iaitu Sarjan Muhamad Ishar Bin Mahmud, ketua balai polis, Alamesra turut diadakan. Selain itu, ‘Ging Bubut’ dari Sabah.FM turut dijemput dan memeriahkan lagi program ini dengan aktiviti menjawab Kuiz dan menerima hadiah serta cenderahati. Terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat kerana menjayakan program ini.

Wednesday, July 10, 2013

BENGKEL KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN


6 Julai 2013 (Sabtu) - Bengkel Kemahiran Keibubapaan telah diadakan pada 6 Julai 2013 bertempat di Dewan Perdana SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Semua ibu bapa dan guru dijemput hadir ke bengkel ini yang bermula pada awal jam 7.15 pagi. Semoga jalinan dan perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang telah hadir pada masa itu.

Tuesday, April 30, 2013

MAJLIS IHTIFAL SMKBKK 2012

 
27 April 2013 (Sabtu) - Majlis Ihtifal SMK Bandaraya Kota Kinabalu 2012 telah dirasmikan oleh Pn. Nur Atikah Abdullah selaku YDP PIBG SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Seramai 169 pelajar cemerlang terlibat dalam majlis penganugerahan ini. Selain penerima anugerah yang terdiri dari pelajar, PPD, Alumni, PIBG, pegawai polis dan ibu bapa turut dijemput hadir. Ceramah motivasi yang disediakan khas telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mahmud Hj. Sudin, Pengarah Pusat Alumni, Jabatan HEP, Universiti Malaysia Sabah. Acara kemuncak majlis ialah penyampaian Tokoh Pelajar Harapan dan Tokoh Pelajar 2012 yang menyaksikan pemenangnya ialah Nurfitri Bte Abd Latiff dan Rickardo Suryanto Janafan Piran sebagai Tokoh Pelajar Harapan Perempuan dan Lelaki bagi tahun 2012 manakala Nevetty Kitingon dipilih sebagai Tokoh Pelajar 2012.


Wednesday, March 20, 2013

Mesyuarat Agung PIBG SMK Bandaraya Kota Kinabalu 2013

17 Mac 2013 (Ahad) - SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Bandaraya Kota Kinabalu 2013. Semua guru, ibu bapa dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut. Pendaftaran guru dan ibu bapa bermula jam 7.00 am di dewan makan asrama. PIBG mengadakan kaunter khas mengutip wang untuk tabung perwira negara dan mendapat sambutan yang baik. YDP PIBG Pn. Nur Atikah Abdullah dan Dr. Shirley Tay Siew Hong selaku Pengetua SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah menyampaikan ucapan masing-masing sebelum acara diteruskan dengan laporan tahunan, kewangan dan perbincangan usul.