Friday, April 27, 2012

Mercu SPM Pendidikan Islam

26 April 2012 (Khamis) -  Program yang julung kalinya ini telah diadakan di dewan SMK Bandaraya Kota Kinabalu untuk semua pelajar Islam yang akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini. Program ini juga merupakan anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam dengan PIBG. Program ini telah bermula pada jam 7.00 pagi hingga jam 4.30 petang. Kehadiran pelajar seramai 216 orang pada awalnya dan untuk slot petang pula seramai 178 orang.

Antara Pengisian Program ialah :

1.         Slot Tazkirah/Motivasi – Encik Issraq Bin Hj. Ramli

2.         Teknik Menjawab Soalan & Skema Pemarkahan Kertas 1

            Ustazah Rosmiza Binti Omar & Ustazah Siti Aminah Samsudin

3.         Teknik Menjawab Soalan & Skema Pemarkahan Kertas 2

             Ustaz Mohd. Mokhtar Ismail & Ustazah Nor Azlinda Abd Aziz

4.         Bengkel kertas 1 & Bengkel kertas 2 (Fasilitator-Guru Pendidikan Islam)

5.         Teknik Menghafaz ayat Hafazan Ting.4 & Ting.5

(Diselitkan dalam Pengisian 3: Teknik Menjawab Soalan Kertas 2 Pendidikan Islam)

6.         Bengkel Celik Jawi SPM - Encik Nik Hassan Bin Seman

Para pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan mengikut kategori yang terdiri daripada 10 orang pelajar dalam setiap kumpulan iaitu,:

-Kategori Cemerlang ada 7 kumpulan yang dinamakan sebagai Mumtaz.
-Kategori Sederhana ada 7 kumpulan yang dinamakan sebagai Jaiz.
-Kategori Lemah ada 7 kumpulan yang dinamakan sebagai Maqbul.

Hasil pertandingan bengkel telah dilakukan, setiap kategori kumpulan mempunyai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga. Berikut adalah keputusan pertandingan:

Kumpulan Mumtaz:

Tempat Pertama : Diketuai Juhana Hussin

Tempat Kedua     : Diketuai Alfil Amil Bin Syafhanzah

Tempat Ketiga     : Diketuai Mohd Yazid Bin Mohd Sade

Kumpulan Jaiz :

Tempat Pertama : Diketuai Shahida Romzi

Tempat Kedua     : Diketuai Meera Nesha Binti Mahdi

Tempat Ketiga     : Diketuai Hafiz Jeffry

Kumpulan Maqbul:

Tempat Pertama : Diketuai Nazilah Jamil

Tempat Kedua     : Diketuai Nurul Asyikin Md.Yakub

Tempat Ketiga     : Diketuai Vivin Lestary Mukin Binti Hermanshah

Secara konklusinya, hasil dapatan daripada borang kaji selidik yang dilakukan oleh pelajar menunjukkan komen yang positif terhadap program tersebut. Antaranya, program ini banyak memberi manfaat kepada semua pelajar Islam dari segi meningkatkan sahsiah dan motivasi pelajar serta hala tuju mereka di luar alam persekolahan. Selain itu, memberi keyakinan kepada pelajar untuk menjawab soalan SPM sebenar mengikut teknik yang telah ditetapkan. Mereka berharap, program seperti akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Panitia Pendidikan Islam juga ingin mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Shirley Tay Siew Hong, Pengetua Cemerlang DG54; Pn. Hajjah Rozi Bt Samdin, PK Pentadbiran; Cik Tan Peng Jeng, Ketua Bidang Kemanusiaan; dan semua guru Pendidikan Islam yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.

Wednesday, April 25, 2012

Majlis Ihtifal & Inovasi 2012

24 April 2012 (Selasa) – Majlis Ihtifal dan inovasi yang menyatukan beberapa acara majlis seperti Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Majlis Penutupan Bulan Sains & Inovasi, Majlis Penutupan Bulan Vortek dan Majlis Pelancaran Buku ARC Pre U telah dilangsungkan secara meriah di Dewan Perdana SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr. Haji Muhiddin Bin Yusin antara jemputan khas diberi penghormatan untuk merasmikan majlis pada kali ini. YDP PIBG SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Pn. Nur Atikah Abdullah juga turut hadir sebagai tanda sokongan kepada pihak pengurusan sekolah. Acara kemuncak ialah pelancaran Buku ARC Pre U yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar tingkatan enam oleh Datuk Pengarah Pelajaran Sabah.
Para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan Napkin Muzikal oleh pelajar-pelajar Katering dan Sajian di bawah pimpinan Pn. Fatimah Digong. Di penghujung majlis, semua jemputan  mengambil peluang dan kesempatan untuk melawat pameran yang disediakan oleh pihak sekolah. Antaranya ialah pameran NIE, Seed of Hopes, Sindex dsb.  

Sunday, April 1, 2012

Program Peningkatan Profesionalisme

31 Mac 2012 (Sabtu) - Unit LDP SMK Bandaraya Kota Kinabalu bersama PIBG telah menganjurkan program peningkatan profesionalisme bertajuk "Pengurusan Cuti - Implikasi Kepada Faedah Persaraan" bertempat di Bilik Seminar Melaka, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Jalan UMS, Kota Kinabalu, Sabah.

Sebelum program ini bermula, pihak pengurusan sekolah telah mengadakan mesyuarat staf pada awal jam 7.00am hingga 9.30am. Selepas jamuan ringan, majlis diteruskan dengan menjemput penceramah iaitu En. Mohd. Ali Bin Ahmad selaku pegawai eksekutif dari Unit Kemudahan dan Saraan, JPN Sabah untuk menyampaikan secara terperinci tentang cuti dan faedah yang akan memberi implikasi kepada seseorang guru / staf selepas persaraan.

Di penghujung majlis, YDP PIBG SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Pn. Nur Atikah Binti Abdullah telah menyampaikan cendera hati kepada penceramah khas En. Mohd. Ali Bin Ahmad sebagai tanda penghargaan dan terima kasih dari pihak sekolah dan PIBG.